-Got to the college late but still manage to lodge mac tan's car to the location, it's not really far from the college anyway.
-I don't really like taking buildings >_< so the photos didn't turn so good.
-I stopped earlier and rest with some other exhausted students and taking photos of water lily in someone's small landscape instead.
-I walked straight to the bus station as soon as Mr. Mac Tan said "okay see you next week" but returned to the same spot instead and pretending like I just walk around for sightseeing. the other students were still there taking group photos, so i joined them.
-After that I walk towards Komtar by not taking the same road again.
18 November 2009
Photography Outings - Heritage Buildings
Posted by paradox at 5:04 PM 0 comments Links to this post
To Like A Girl
I wonder if could really love a girl if I like a girl?
It happened once but it didn't went well.
Will I get awkward holding her hands? or hugging her body?
Will I be able to do it with total love?
Will I be able got married and love her?
Posted by paradox at 5:03 PM 0 comments Links to this post
31 October 2009
I'm a good artist?
I got my final assesment result for drawing subject. It was A for skills and B+ for Media Usage, and B for sketch development and composition >.<. It wasn't something big to be proud of but the comments from the lecturer made me smile for the whole day - "Quite talented but not enough confidence".. he said I'm talented! I don't really enjoy drawing cause I'm not the kind that has a lot of patience. But I do like drawing, it's just that I got bored very easily for drawing a complicated and time consuming sketch.. even though I do get praises for it =P. But somehow I think the comments made a positive effect on me. So I guess I will practice more to be a real good artist.
Posted by paradox at 9:43 AM 1 comments Links to this post
04 October 2009
Banyak betul masalah sekarang, aku rasa tak sanggup lagi nak duduk dgn dia.. biar la pengajian ku terhenti.. biar aku lari terus dari hidup dia.. takde semangat betul nak hidup.. asyik asyik jadi mcm ni.. kalau la aku ni jenis yg takde pegangan agama ntah aku hidup lagi tah tidak.
Posted by paradox at 12:24 PM 0 comments Links to this post
Hidup baru sebagai seorang pelajar seni
Telah lebih dua bulan aku menjadi pelajar seni di sebuah kolej seni di Pulau Pinang.
Aku sudah dapat serasikan diri di sini, walaupun pada mulanya rasa kekok kerana semuanya pelajar cina dan aku sorang saja melayu. Bukannya aku tidak selesa berseorangan di dalam kumpulan kaum yang berbeza tetapi telah lama aku tinggalkan suasana yang mana kaum di sekelilingnya pelbagai. Masa kerja di kerajaan dulu pun semuanya melayu dan sekarang aku sudah menjadi kekok berbanding dengan semasa di sekolah dahulu. Di zaman persekolahan aku memang rapat dengan pelajar cina berbanding rakan melayu yang lain, malah di waktu kanak-kanak juga aku rapat dengan rakan jiran yang berbangsa cina.
Sejak aktivit bergambar untuk tujuan tugasan, aku lebih rapat kerana aku mengambil gambar-gambar mereka secara sampingan dengan menggunakan kamera yang mahal. Kerana kamera itu juga aku kadangkala dihampiri pelajar lain dan orang lain. Balik di kolej kamera ku dipinjam sana-sini kerana mereka ingin melihat gambar-gambar mereka yang diambil oleh ku, mereka seronok. Walaupun kamera itu bukan kepunyaanku tetapi dengan kamera itu aku lebih disenangi ^_^ .
Posted by paradox at 12:22 PM 0 comments Links to this post
07 July 2009
Aku romeo/playboy???
Joe bagi nasihat kat aku.. dia kata concentrate on training.. jangan banyak ngorat pompuan.. hahahahahahahaha.. ngorat pompuan??? hahahahahahaa
aku iyakan ajalah konon konon mmg aku ni mat romeo playboy lah.. hahahaha.. padahal.. hhahahhaah... hebat betul aku cover ni rupanya ek.. hahhaah
Posted by paradox at 4:57 PM 0 comments Links to this post
03 July 2009
Mereka pandai tapi mereka tak solat
Aku telah mengenali bermacam-macam jenis manusia. Ada yang pandai ada yang bodoh ada yang buat buat pandai ada yang bodoh-bodoh, ada yang bodoh di sini tapi bodoh di sana, bodoh di sana pandai di sini.
Ramai juga rakan-rakan ku yang bijak pandai, berkerjaya bagus, personaliti yang bagus.. tetapi mereka tidak bersolat. Yang bodoh pula, yang kurang berada, kerja pun bahagian sokongan sahaja, tidak pandai mana.. tetapi mereka jenis yang ingat agama dan bersolat. Adakah mereka yang bodoh ini hanya tahu mengikut sahaja maka mereka buat saja apa yang telah diajar? Dan orang yang pandai pula, visinya terlalu jauh, terlalu tinggi, terlalu duniawi, terlalu mengejar kejayaan dunia sehingga mereka lupa atau tidak lagi endah dengan alam akhirat?
Mengapa selalu macam ni?
Kadang-kadang aku yang juga di dalam golongan bodoh ni ingin membimbing atau mengajak mereka yg bijdak pandai tapi tidak solat ni.. tapi seringkali juga aku pula yang ditindas sebab kobodohan aku.. jadi manakan aku boleh utk menasihati mereka yang lebih pandai dari aku.
Bagaimanapun aku mesti terus mencuba.. mesti terus menjadi pandai atau lebih pandai dari mereka agar aku dapat mengajak mereka bersama ke kesejahteraan akhirat.
Posted by paradox at 11:20 AM 0 comments Links to this post
jogging utk stamina
Training kali ni best dan puas sbb Johan kata aku dah bagus.. sebab stamina dah ok. Berhasil jugak jogging aku utk tingkatkan stamina. Memang dah jauh bezanya.. dulu masa baru mula jogging.. kejap je aku dah penat.. 1 round tasik titiwangsa je pun. skarang ni kalau jogging dgn kawan.. confirm kawan tu tertinggal di belakang suruh aku lari dulu.. dia dah balik aku sambung lagi 3 round jadi 5 round tasik titiwangsa.. hehe. best best.
Posted by paradox at 11:19 AM 0 comments Links to this post
01 July 2009
Aku "kepit"?
"En. I****** kata u kepit dalam meeting, semua orang gelak".
Aku baca ayat yang dimesej oleh Mizi melalui YM.. terus bengang yang teramat sangat bercampur marah dan kecewa dan sedih. Dah lah dalam meeting jabatan dan semua orang gelak pulak tu.. kawan-kawan yang pernah rapat dan semua orang.. tambahan lagi programmer lama tu banyak mintak tolong aku.. ini balasan yang aku dapat setelah bermacam usaha dan penat lelah serta idea aku curahkan kat jabatan tu.. kutukan dan bahan tertawa. Terus aku berjanji aku tak akan tolong apa-apa lagi jika mereka minta bantuan.
Kebetulan beberapa hari/minggu selepas tu aku dapat panggilan daripada En. N******, berkali-kali panggilan dibuat dan aku dah agak mesti dia perlukan pertolongan sesuatu.. sesuatu yang programmer baru tu tak dapat buat.. hemph memang aku tak akan angkat.. call la sampai habis bateri pun mmg aku tak akan angkat. Lepas tu I*** pulak call.. berkali-kali jugak.. tahu la aku memang ada masalah besar tu. Alah besar mcm mana pun mmg sumpah aku tak akan angkat.. biar server rosak ke sistem rosak ke sampai public komplen datuk bandar komplen ke.. mampus la kau situ.. padan muka.
Selang beberapa hari sorang lagi kawan office situ msg di YM, katanya sistem setup ada masalah dan programmer baru tak dapat buat sebab dia tak tahu.. dengan kata lain tak cukup pandai? atau bodoh? Sistem tu adalah untuk permohonan bazar rmdhan yang akan bermula esoknya, dan jika sistem networking tu tak dapat disiapkan maka susah la. Membaca ayat itu, aku tersenyum puas.. puas seolah membalas dendam. 2-3 hari selepas itu selepas berjogging di waktu malam, aku melawat stadium untuk melihat keadaan di sana. Jumpa kawan di situ.. lalu aku tanya bagaimana proses permohonan itu berlalu. Katany O.K.. aku hairan.. bagaimana ok sedangkan kata Nana proses agak kurang lancar. Lalu katanya semuanya agak ok disebabkan kontraktor yang membuat pemasangan PC-PC di situ kebetulan tahu untuk setup networking utk sistem tu. Kepuasan dendam aku hilang. Cisss.. dapat pulak diaorang mintak tlg budak kontraktor tu.. tak jadi balas dendam aku. Takpe-takpe lepas ni biar la diaorang call lagi utk apa-apa perkara pun.. aku tak akan angkat sampai bila-bila. Aku sumpah jabatan tu kucar-kacir... (hehe mcm jadi)
Posted by paradox at 7:42 AM 0 comments Links to this post
25 June 2009
Ditahan sekumpulan polis "samseng"
Aku tak pernah ada account dalam Manjam, tapi masa lepak dengan kawan-kawan hari tu yang mana mereka semua ada account masing-masing aku pun tutut terikut. Lalu aku pun saja la register.. letak lah 1 gambar di situ. Saja ingin lihat apa akan jadi.. org mcm mana yg akan mesej aku. Tunggu punya tunggu untuk 2 3 hari tiada respon.. maka aku tambah lagi satu gambar.. masih tiada respon letak pula gambar ketiga.. baru ada org yg respon. Aku sebenarnya suka melihat benda yang bila kita buat sesuatu akan dapat satu reaksi atau respon.. macam sesuatu yang interaktif.
Maka mula lah bermesej dengan mamat ini. Dia kata suka gambar aku yg pakai topi tu(walau topi tu dlm gmbr tu bukan topi aku). Aku gedik gedik flattered. Aku chat sambil bergelak-gelak excited dgn kawan-kawan aku di situ.. yang mengajak aku masuk Manjam tu. Lepas tu tengok gambar di halaman dia.. uhm.. tak menarik pun.. tapi aku layan juga pasal saja tgh seronok at last ada jugak org msg suka kat kita~ haha. mcm best. (how lame)
Few days later dia nak jumpa aku, aku pun jumpa lah.. parking kat bawah lrt, pasal dia nak aku naik kereta dia.. kerata dia pun gen 2 juga~. Seterusnya kami makan la di sebuah kedai makan di kawasan situ. Makan dan borak dan makan dan borak ..dia belanja.. pasal dia kata dia yg ajak.. jadi dia belanja. Selepas sesi itu aku rasa takde chemistry pun antara kita.. buat kawan pun tak sesuai rasanya.. cam tak best je dia tu.. very different minded.
Selepas makan dia hantar balik aku ke tempat aku parkir. Setiba di situ.. mula la ayat-ayat manis dia, raba raba.. pastu dia cium pipi dan cium mulut sikit.. aku mcm dah tak sng dah.. tapi biar je la.. kalau dia buat lebih bnyk tentu aku dah tolak.. tapi sikit.. lantak la. Lepas tu aku pun keluar la dari keretanya dan masuk ke kereta aku bersebelahan.. dia pun dah beredar.
Semasa aku menghidupkan enjin kereta aku saja menelefon kwn aku sekejap.. tiba-tiba ada sekumpulan lelaki bermotor RXZ dtg ke kereta aku.. mereka berpakaian jeans dan t-shirt.. seakan sekumpulan rempit atau sekumpulan samseng. Aku cuak.. dalam fikiran ku berfikiran bermacam-maca yang buruk, tapi aku masih dapat mengawal diri daripada ketakutan. Terus aku menamatkan perbualan aku dngn kawan ku. Seorang drpd lelaki itu menyuruh aku keluar sambil menunjukkan ID daripada dompetnya. Aku cuba melihat id itu dalam kesamaran.. "apa tu?" kata aku, "Polis polis!" aku tak pernah berada dalam situasi sebegitu, seperti dalam tv orang tunjukkan ID polisnya.. tapi aku tak nampak pula apa benda yang ditunjuknya.. bodoh pula rasanya.. dah la id dan dompetnya buruk.. mana la mahu aku percaya. Memandangkan aku tidak yakin dan menyangka mereka menyamar untuk menyamun aku, aku masih cuak.. teringat bermacam-macam cerita orang tentang orang jahat yang menyamar polis untuk merompak dan menyamun. Bermacam soalam ditanya dengan kasar. Mereka menyuruh aku mengeluarkan dompet, menyerahkan kunci kereta dan telefon bimbit ku. Aku dah nekad jika mereka mula merampas terus dan mula melakukan sesuatu yang buruk dan cuba lari setelah mendapat barang-barangku aku akan mula bertindak tidak kira cara apa pun. Dalam kepala ku sudah aku set yang mana mahu sepak yang mana mahu terajang tumbuk dan sebagainya~ haha. Bagaimanapun setelah beberapa ketika mereka tidak pula membuat apa-apa yang ganas. Sehingga salah seorang daripadanya menggunakan satu alat untuk scan IC aku. Baru lah aku agak tenang.. kerana takkan lah orang samseng ada benda mcm tu nak scan IC. Semakin lama mereka memang kelihatan seperti sekumpulan polis yang menjalankan tugas sebagai penyamaran di waktu malam. Setelah kereta aku disiasat barulah aku dilepaskan sambil ketuanya menasihat dengan cara agak kasar supaya jangan berada sendirian di kawasan itu, kerana katanya kawasan itu banyak kes-kes jenayah yang berlaku. Barulah aku dapat pulang. Setiba di rumah aku menceritakan kisah itu kepada rakan-rakan dan berfikir memang satu petunjuk yang buruk aku keluar dengan mamat tu. hehe.
Posted by paradox at 5:32 PM 0 comments Links to this post
